Google+
FREE Preview Training Get Support
Notice: MYOB has been re-branded as ABSS with effect from 1st Jan 2018.

Keperluan terhadap perisian perakaunan yang mematuhi Cukai Barangan dan Perkhidmatan.

Apakah ciri-ciri yang diperlukan oleh perisian perakaunan mesra Cukai Barangan dan Perkhidmatan?

Language:  Bahasa Malaysia  |  English

Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan akan menimbulkan cabaran dalam cara perniagaan menangani isu perakauanan di Malaysia. Untuk satu tempoh yang lama, amalan umum hanyalah untuk mengambil kira perakaunan pada akhir tahun kewangan apabila sampai masa akaun diaudit, berdasarkan garis panduan percukaian dan Akta Syarikat.

Kesemuanya akan berubah apabila Cukai Barangan dan Perkhidmatan dilaksanakan pada April 2015. Pulangan Cukai Barangan dan Perkhidmatan akan perlu dikemukakan setiap suku tahun. Memandangkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan memberi kesan kepada bukan sahaja jualan dan pembelian, tetapi perbelanjaan, perakaunan akan perlu dilakukan setiap hari. Merekod urusniaga ketika ia berlaku akan menjadi keperluan dan bukan lagi pilihan.

Kesukaran pentadbiran dan kewangan dalam menguruskan urusniaga Cukai Barangan dan Perkhidmatan menyebabkan perlunya bagi perniagaan untuk menggunakan perisian perakaunan mesra Cukai Barangan dan Perkhidmatan apabila Cukai Barangan dan Perkhidmatan dilaksanakan pada April 2015.

Satu dari ciri yang paling penting yang menjadikan penyelesaian perakaunan mesra Cukai Barangan dan Perkhidmatan adalah GST Audit File atau GAF.

Jabatan Kastam akan melakukan audit terhadap perniagaan dari semasa ke semasa untuk memastikan yang perniagaan melakukan pengisytiharan cukai yang betul. Kebiasaanya Jabatan Kastam akan meminta beberapa maklumat perakaunan sebagai sebahagian dari audit ini.

Untuk menambah kepada kesukaran ini, perniagaan akan diperlukan untuk menyimpan rekod selama tujuh tahun, kerana Jabatan Kastam akan meminta butiran bertarikh sejauh itu.

Untuk perniagaan yang menggunakan cara perakaunan manual atau sistem perakaunan yang tidak memilik ciri-ciri relevan Cukai Barangan dan Perkhidmatan, proses mengekstrak dan melaporkan maklumat diperlukan adalah membuang masa dan menyusahkan.

Sebaliknya, penyelesaian perakaunan mematuhi Cukai Barangan dan Perkhidmatan akan membolehkan perniagaan menjana fail GAF secara "at the click of a button".

MYOB - Penyelesaian perakaunan mematuhi Cukai Barangan dan Perkhidmatan

MYOB Accounting versi 20 dan MYOB Premier versi 15 telah disahkan oleh Jabatan Kastam, ruj: KE.HF(121)426/05-29, sebagai mematuhi, bukan sahaja menjana fail GAF yang diperlukan pada masa tersebut, tapi juga ciri-ciri lain yang perlu untuk memudahkan beban pentadbiran dalam menguruskan rekod perakauan yang tepat untuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan.

Malahan, MYOB menjadikannya mudah untuk menangani keperluan untuk mematuhi Cukai Barangan dan Perkhidmatan dan memastikan perniagaan anda tidak akan terlalu dibebani dengan pentadbiran.

Lihat sendiri bagaimana MYOB boleh membantu anda beralih dengan mudah, daftar untuk preview percuma atau minta perundingan dan demo percuma sekarang!

Jika anda lebih suka, mencuba MYOB untuk diri sendiri

 



Share on Twitter Share on Facebook
  RSS Feed for MYOB Accounting articles  

 |  Price List |  ABSS Payroll |  Free Preview |  MYOB AccountEdge |  How to buy |  Training |  Support |  Implementation |  ABSS Premier |  ABSS Accounting |  Free download | 

-

© 2012 DeltaTech Computer Systems & Solutions (SA0205092-A). All Rights Reserved.